Thailand meraih kemenangan menentang Malaysia untuk menjuarai kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bawah 19 tahun, semalam.

 

Malaysia tewas 2-0 menentang Thailand, yang menamatkan permainan dengan 10 pemain di Stadium Thuwunna, Yangon.

 
Thailand membuka jaringan menerusi Ekanit Panya pada minit ke-49 dan Kritsada Kaman melipatgandakan kelebihan mereka, dua minit kemudian.

 
Pemain Thailand, Wudtichai Kumkeam telah dilayangkan kad merah oleh pengadil Clifford Daypuyat pada minit ke-67.

 
Walaupun dengan kelebihan berangka, anak buah Bojan Hodak mengalami kesukaran untuk kembali dalam perlawanan dan Thailand berdiri teguh untuk memenangi gelaran kelima mereka.

 
Kekalahan di Yangon bermakna Malaysia gagal memenangi kejohanan buat kali keempat setelah tewas ke Myanmar (4-0 pada 2003 dan 1-0 pada 2005) dan Vietnam (1-0 pada 2007).

Foto Kredit: Asean Football Federation