Skuad badminton wanita akhirnya berjaya mencatat kemenangan sulung dalam kejohanan Piala Uber apabila menewaskan Perancis 5-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D sebentar tadi.

Meskipun gagal layak ke peringkat seterusnya namun semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain negara harus diberikan pujian dalam usaha memburu kemenangan. Dilihat dari prestasi semasa badminton wanita negara, masih banyak perlu dipelajari dan jika mereka dapat tingkatkan prestasi semasa, tidak mustahil skuad ini akan tampil lebih baik untuk kejohanan seterusnya.

Kedua-dua pasukan turun bagi melengkapkan jadual setelah mereka mengalami dua kekalahan sebelum ini kepada lawan masing-masing. Dalam kumpulan D, China dan Indonesia berjaya layak ke pusingan seterusnya.

Foto Kredit : Badminton Association of Malaysia – BAM