Beregu campuran negara raih gelaran antarabangsa pertama

 

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon – Goh Liu Ying berjaya memenangi kejuaraan Super Series pertama mereka selepas menewaskan pasangan Indonesia, Muhamad Rijal-Lilyana Nasir dalam perlawanan akhir Terbuka Jepun 2012 di Tokyo.

Peng Soon dan Liu Ying cuma memerlukan 32 minit untuk menumpaskan pasangan Indonesia ini dengan mata 21-12, 21-19.

Ketiadaan wakil China yang menarik diri pada kejohanan ini terus menyaksikan kem negara unggul di pentas akhir. Kali ini giliran pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang menumpaskan cabaran pemain Thailand, Boonsak Ponsana.

Lee Chong Wei dipaksa bekerja keras sebelum jinakkan Boonsak Polsana

 

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 ini bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Ponsana dengan Chong Wei mengambil masa 42 minit sebelum menang 21-18, 21-18.

Kecemerlangan pasangan campuran negara dan Lee Chong Wei ini walaubagaimanapun gagal diteruskan beregu lelaki negara, Koo Kien Kiat – Tan Boon Heong yang gagal menyaingi kehebatan pasangan Korea, Kim Ki Jung – Kim Sa Rang selepas tewas dengan mata 16-21, 19-21.

Dalam dua lagi aksi perlawanan akhir, wakil Taiwan, Tai Tzu Ying mengejutkan pemain tuan rumah Hirose Enko 9-21, 21-9, 21-14 dalam saingan perseorangan wanita manakala untuk acara beregu wanita pula dimenangi pasangan Hong Kong, Poon Lok Yan – Tse Yeng Suat selepas menewaskan Matsuo Sizuka – Mami Naito 21-17, 22-20 yang juga dari Jepun.