Connect with:




Jose Maria Marin, bekas pengurus Persatuan Bola Sepak Brazil yang berusia 86 tahun dijatuhkan hukuman selama 4 tahun atas kesalahan skandal rasuah paling besar FIFA.

Marin didapati bersalah kerana memecah amanah hampir $7 juta (RM 28.8juta) dari sebuah syarikat permasaran sukan sebagai perjanjian kontrak bagi menyiarkan kejohan utama seperti Copa America dan Copa Libertadores.

Dalam pada itu, dia merupakan salah seorang daripada tujuh pegawai FIFA yang ditangkap di sebuah hotel mewah di Zurich pada 27 Mei 2015,  dan disabitkan di mahkamah Amerika Syarikat berhubung skandal yang memalukan arena bola sepak dunia.

Marin turut disabitkan atas enam pertuduhan kesalahan termasuk penipuan wang serta penipuan bank, dan sememangnya telah bersedia untuk menjalani hukuman.

Secara keseluruhannya, 42 pegawai dan eksekutif pemasaran, serta organisasi sukan, didakwa atas kesalahan jenayah rasuah berjumlah lebih daripada $200 juta (RM 821.9 juta).

Daripada 42 individu asal didakwa berkaitan dengan skandal FIFA, tiga daripadanya telah meninggal dunia dan 22 telah mengaku bersalah. Dua telah disabitkan kesalahan termasuk Marin dan seorang telah dibebaskan.

Foto Kredit:  iG Esporte