Connect with:




Seorang jurulatih badminton kebangsaan mendakwa beberapa pemain utama terlibat dalam aktiviti perjudian ketika sesi latihan.

Lebih mengecewakan, aktiviti yang berlaku setiap hari di Akademi Badminton Malaysia (ABM) itu dikatakan mendapat galakan daripada jurulatih.

Sumber yang enggan diketahui juga memberitahu walaupun sering dibri peringatan tentang hukuman berat yang akan dikenakan sekiranya terlibat dengan aktiviti perjudian, pemain yang terbabit tidak mengendahkan dan langsung tidak bimbang, lapor Sukan NSTP.

Skandal terbaru ini sudah pasti menjadi satu lagi tamparan hebat buat BAM selepas dua pemain profesional, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang dikenakan hukuman penggantungan selama 20 dan 15 tahun oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kesalahan mengatur perlawanan awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, seorang pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) juga dikenakan hukuman penggantungan selama tiga bulan selepas mengaku kepada jurulatihnya bahawa dia sedang berdepan krisis kewangan sehingga terbabit dengan aktiviti perjudian dalam talian pada tahun lalu.