Jika ditanya siapakah Ratu Skuasy negara, tak lain tak bukan pasti ramai yang menyebut nama Datuk Nicol Ann David.

Bagaimanapun, Datuk Nicol yang kini sudah berusia 35 tahun semakin hampir ke penghujung kariernya. Maka, timbul tanda tanya, siapakah yang dapat mengikut jejak langkah beliau untuk menjadi jagoan skuasy Malaysia di persada dunia?

Jangan risau, memperkenalkan Sivasangari Subramaniam. Sivasangari baharu sahaja dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemain Muda Terbaik Jelajah PSA 2017/2018.

Jom kenali siapa Sivasangari Subramaniam.

1) Dilahirkan pada 24 Januari 1999 dan berasal dari Sungai Petani, Kedah.

2) Awal tahun ini, bekas pelajar SMK Sultanah Asma ini muncul juara junior Terbuka British kategori bawah 19 tahun.

3) Ketika ini, dia menduduki tangga ke-40 dunia. Sivasangari mencuri tumpuan selepas berjaya memecah kelompok 40 dunia pada Mei tahun ini dimana dia menduduki ranking ke-38.

4) 2017 merupakan tahun kecemerlangan Sivasangari. Dia memenangi Terbuka Malaysia, Beijing Challange Cup selain menyumbang dua emas di Sukan SEA KL2017.

5) Merupakan salah seorang ahli pasukan skuad raket wanita negara yang menjuarai Kejuaraan Berpasukan Asia 2016.

6) Menjadikan Datuk Nicol Ann David sebagai idolanya. “Saya mahu jadi seperti beliau (Nicol) satu hari nanti.

Tahniah buat Sivasangari.