Atlet para Malaysia, Siti Noor Radiah Ismail berputih mata pulang dengan tangan kosong selepas gagal meraih sebarang pingat pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017.

Pemenang pingat gangsa Sukan Paralimpik Rio 2016 dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) membuat lompatan sejauh 4.96 meter dalam percubaan kedua untuk mencipta lompatan terbaik musim terbaharu.

Catatan terbaiknya sebelum ini ialah 4.81 meter yang dicatatkan pada Kejohanan Terbuka Handisport Paris 2017 pada Jun tahun lalu.

Pencapaian terbaiknya dalam acara lompat jauh ialah 5.20 meter yang dicatatkan pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro.

Atlet Croatia, Mikela Ristoski telah mengatasinya dengan lompatan sejauh 5.66 meter bagi acara lompat jauh.

Mikela merupakan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik 2016.

Sementara itu, Pingat perak dan gangsa acara tersebut diraih oleh atlet Portugal, Erica Gomes dan Ana Filipe dengan masing-masing mencatatkan lompatan sejauh 5.48 meter dan 5.26 meter.