Pelumba trek Azizulhasni Awang, yang masih dalam proses pemulihan dari jangkitan paru-paru, telah mendapat kelulusan untuk bertanding sebagai kontijen Malaysia di Gold Cost.

Namun, menurut jurulatih John Beasley menegaskan untuk tidak mengharapkan ‘The Pocket Rocketman’ menghadiahkan pingat emas bagi memenuhi sasaran Malaysia dalam Sukan Komanwel bermula di Gold Coast minggu depan.

Walapun sudah dijangkiti virus, Azizul tetap turun padang untuk bersaing dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Track di Apeldoorn, Belanda, awal bulan lepas tetapi harapan beliau punah apabila gagal kecundang untuk  mempertahankan gelaran keirin dunia yang dimenanginya di Hong Kong pada tahun lepas.

Pemain berusia 30 tahun, yang merupakan pemenang pingat gangsa keirin di Olimpik Rio itu juga terpaksa mengurangkan sesi latihan disebabkan kekangan masa untuk menyesuaikan diri dengan kempen di Gold Cost.

“Ia terpulang pada saya untuk membuat keputusan. Saya lebih memilih untuk tidak membawanya bertanding di Sukan Komanwel kerana sistem pernafasannya masih dalam rawatan. Kesihatannya adalah keutamaan untuk saya sekarang , tetapi harapan negara juga tetap penting untuk melihat atlet utama mereka bersaing.

“Saya berborak lama dengan Azizul dan dia mahu berada di sana untuk diambil sebagai contoh kepada pasukan muda yang ada di sana.

“Saya rasa kesihatannya semakin sembuh tetapi dia masih berada di dalam pengawasan kami.

“Tahap prestasinya adalah 30% kurang dari apa yang dia lakukan di Kejohanan Track Asian (Nilai) pada Januari akibat kesan sampingan dari penyakit.

“Dia sudah boleh bermain tetapi ia akan menjadi sangat sukar baginya untuk memenangi pingat emas.

“Tetapi saya tahu dia seorang pelumba yang pandai, saya tahu dia akan bersaing dengan terbaik seperti yang biasa dia lakukan,” kata jurulatih John Beasley.

Kejohanan Trek berbasikal bakal bermula dari 5-8 April dengan aksi bertaraf dunia yang dijangka berlangsung di Anna Meares Velodrome. Matthew Glaetzer dari Australia menewaskan pemain kelahiran Scotland, Jack Carlin dalam perlawanan akhir pecut dunia pada bulan lepas, dijangka dengan akan bersaing sekali lagi dengan seteru utamanya itu di Gold Coast.

Azizul yang akan bersaing bersama Muhd ​​Shah Firdaus Sahrom untuk acara keirin dan pecut lelaki, berkata ia merupakan satu tempoh latihan yang sangat mencabar dan singkat selama dua minggu selepas temasya sukan dunia diadakan.

“Saya tidak mahu ketinggalan dalam Sukan Komanwel. Saya berharap untuk memperbaiki prestasi saya, tetapi penting bagi saya untuk memberi tumpuan bagi menikmati pengalaman ini, “kata Azizul, yang merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara berbasikal (keirin) di Glasgow empat tahun lalu.

Foto Kredit: Fourthofficial