Connect with:




Simona Halep meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya dalam Kejohanan Terbuka Miami yang diadakan di Amerika Syarikat yang berlangsung dari 17 March hingga 1 April 2018.

Namun begitu, Simona yang merupakan pemain nombor 1 dunia terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan ke atas wakil Francis, Océane Dodin yang berada di kedudukan 47 dunia 3-6, 6-3, 7-5.

Di pusingan seterusnya, Simona akan bertemu dengan wakil Poland yang juga merupakan pemain berpengalaman iaitu Agnieszka Radwańska.

Untuk tahun ini, Simona baru sekali muncul juara di Kejohanan Terbuka Shenzen dan selebihnya di kecewakan dalam perlawanan akhir dan separuh akhir.

Simona yang kecewa dalam dua kejohanan sebelum ini termasuklah dikejutkan dengan kekalahan kepada Naomi Osaka di separuh akhir Terbuka India Master pasti ingin bangkit memburu kejuaraan di kejohanan ini.

Foto Kredit : tenniswordusa(dot)org