Connect with:




 

Pemain tenis wanita nombor satu, Simona Halep menepati ramalan apabila meneruskan kemaraan ke separuh kejohanan Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris selepas menewaskan Angelique Kerber di suku akhir.

Bagaimanapun Kerber mengejutkan pemain nombor satu dunia itu terlebih dahulu selepas menang set pertama sebelum Halep bangkit dalam dua set berikutnya dengan kemenangan 7(7)-6(2), 3-6, 2-6.

Di separuh akhir nanti, Halep akan menentang Garbine Muguruza yang merupakan pemain nombor tiga dunia, Ini juga pertemuan ulangan aksi separuh akhir ketika kejohana Terbuka Qatar beberapa bulan lalu.

Bagi Halep, beliau memburu kejuaraan peribadi kedua tahun ini selepas memenangi kejuaraan pertama dalam kejohanan Terbuka Shenzhen awal tahun ini selain terlepas beberapa kejuaraan lain di perlawanan akhir selepas tewas kepada lainnya.

Foto Kredit : bbc(dot)co(dot)uk