Connect with:




 

Pemain tenis wanita nombor satu dunia, Simona Halep mudah ke perlawanan akhir setelah menundukkan Garbine Muguruza 6-1, 6-4.

Slone Stephens juga menang mudah selepas mencatat kemenangan 6-4, 6-4 ke atas rakan senegaranya, Madison Keys.

Ini peluang untuk kedua-dua pemain memburu kejuaraan kedua peribadi pada tahun ini. Kejuaraan pertama Halep adalah dalam kejohanan Terbuka Shenzhen pada awal tahun lalu sebelum kecewa di beberapa pertandingan di peringkat separuh akhir dan akhir.

Manakala Stephens pula muncul juara di kejohanan Terbuka Miami. Stephens dilihat gagal untuk mengekaklkan momentum kejuaraan selepas itu apabila sering tewas di pusingan awal.

Jika dilihat dari prestasi semasa, Halep dilihat mempunyai peluang untuk melebarkan kejuaraan namun keupayaan Stephens juga perlu dipandang serius oleh Halep.

Kedua-dua pemain akan bertemu pada 9 Jun untuk merebut kejuaraan dalam kejohanan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris.

Foto Kredit : thebestsun(dot)com