Pemain pilihan pertama dan pilihan kedua kejohanan, Simona Halep dan Caroline Wozniacki menepati ramalan apabila akan bertemu dalam perlawanan akhir kategori perseorangan wanita untuk menentukan siapa yang bakal menjuarai Kejohanan Australia Open.

Halep yang terlebih dahulu menempah slot ke perlawanan akhir apabila menundukkan pemain dari Jerman, Angelique Kerber 6-4, 4-6, 9-7. Bagaimanapun ia bukan perlawanan mudah apabila mereka terpaksa bermain tiga set sebelum A. Kerber terpaksa akur dengan kehebatan pemain nombor 1 dunia itu.

Separuh akhir kedua pula menyaksikan Caroline menewaskan bekas pemain nombor 1 dunia dari Belgium, Elise Mertens  6-3, 6-7(7-2) sekaligus menafikan kebangkitan Elise pada penghujung permainan.

Perlawanan akhir nanti dijangka menarik kerana kedua-dua pemain akan merebut hadiah kemenangan sebanyak 55 million AUD.

Untuk perseorangan lelaki pula, Marin Cilic mudah menewaskan Kyle Edmund 6-2, 7-6 (7-4), 6-2 di peringkat separuh akhir dan layak ke perlawanan akhir.  M. Cilic akan menentang pemenang antara R. Federer atau Chung Hyeon yang akan turun dalam separuh akhir kedua hari ini.