Connect with:




Siapa yang tidak kenal dengan Simon Mignolet? Dia merupakan bekas penjaga gol utama Liverpool yang berpengalaman dan sentiasa mempamerkan aksi yang baik dalam Premier League pada musim-musim yang lepas.

Namun, prestasinya yang kurang memberangsangkan pada tahun lalu mengundang perasaan kurang senang terhadap pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Akhirnya dia diturunkan pangkat kepada penjaga gol kedua Liverpool setelah Klopp menggantikannya dengan Loris Karius.

Aksi Karius pula cukup menyerlah tetapi malang menimpa dirinya selepas gagal mempamerkan aksi memukau dan banyak melakukan kesilapan pada perlawanan akhir UEFA Champions League yang mengakibatkan Liverpool kalah kepada Real Madrid.

Akhirnya, Klopp mengambil keputusan drastik dengan mempertaruhkan sebanyak £65 juta untuk membeli Alisson Becker sekaligus mengetepikan Karius yang dipinjamkan ke Besiktas dan menjadikan Simon sebagai penjaga gol simpanan.

Ternyata Mignolet kecewa dengan keputusan yang diambil, namun kini dia mengakui lebih terbuka dan memberitahu ianya adalah ketentuan yang ditetapkan ke atas dirinya.

Malah, dia juga lebih tenang dan menerima hakikat bahawa Alisson adalah seorang penjaga gol terbaik dunia.

Jelasnya, kemampuan dan kualiti yang dimiliki Alisson terbukti mengagumkan dan sememangnya mengakuinya sebagai penjaga gol terbaik dunia.

“Ya saya kini sudah boleh menerimanya.”

“Kini, pasukan Liverpool bermain dengan baik dan Allison merupakan sebahagian daripada mereka.”

” Dia telah mempamerkan persembahan yang sangat baik dan ternyata dia membuktikan kedudukannya diperakui sebagai salah seorang 5 penjaga gol terbaik dunia,” ujarnya.

Selain sudah redha, Mignolet turut memberitahu hubungan bersama Alisson sangat baik ketika di padang.

Kedua-dua penjaga gol itu saling bertukar ilmu dan saling mempelajari antara satu sama lain. Mignolet tidak loket ilmu untuk mengajar Alisson mengenai cara untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan di Premier League yang jelas berbeza dengan Serie A.

Sikap professionalnya itu mendapat pujian netizen di media sosial meskipun jauh di sudut hatinya, dia ingin beraksi dengan lebih kerap bersama pasukan.

 

Foto: Simon Mignolet