Connect with:




 

Majlis Sukan Negara mengambil keputusan untuk berdiam diri ekoran daripada Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail yang menyatakan badan induk itu bersikap tidak profesional apabila menggugurkan sukan sepak takraw daripada sukan teras di negara ini.

 

Kelmarin, PSM ingin bertemu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk menyelesaikan isu berkenaa penyertaan di Sukma 2018 dan isu pengguguran sukan itu dalam program sukan teras.

 

Lebih keruh lagi apabila PSM mendakwa bahawa MSN membuat satu keputusan yang tidak adil akibat daripada pengguguran sukan itu ekoran prestasi yang kurang memberangsangkan oleh mereka.

 

Sepak takraw antara tiga sukan yang digugurkan daripada sukan teras kendalian MSN dan tidak dipertandingkan di Sukma 2018.

 

Foto: MSN