Connect with:




Perenang negara, Caroline Chan gagal mencipta rekod peribadi terbaik acara 100 meter kuak lentang wanita pada Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Pusat Akuatik Optus hari ini.

Dalam pada itu, silau matahari yang terik menggangu momentumnya dimana dia sekadar merekod 1:05.94 saat, yang mana ketinggalan 0.44s berbanding catatan terbaiknya dalam saringan dua, yang dimenangi perenang Australia,  Kaylee McKeown dengan 1:00.65s.

Caroline jugak gagal menempah tiket ke separuh akhir yang hanya diberikan kepada kelompok 20 perenang terbaik.

Perenang kelahiran Selangor itu mengakui dia merasa sangat gemuruh beraksi di Sukan Komanwel yang merupakan penampilan pertamanya dan berharap dapat membaiki persembahannya pada acara 50m kuak lentang pada Isnin ini, yang mana rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 29.51s.

“Saya tidak berenang dengan baik hari ini. Saya agak kecewa dan mahu berenang dengan lebih pantas,” kata Caroline.

“Kebanyakan masa saya berlatih di Malaysia. Walaupun kami tiba seminggu yang lalu untuk membiasakan dengan kolam renang di sini, ianya tetap sukar buat saya.

“Ia menjadi masalah buat kami sebagai perenang kerana perlu lihat ke atas dan berenang. Pancaran matahari yang terik menusuk terus masuk ke mata saya hari ini dan saya tidak dapat mengagak sama ada saya berenang lurus atau tidak di kolam renang,” katanya.

Rakan senegara, Welson Sim tidak dpat membaiki rekod kebangsaan miliknya apabila mencatatkan dua saat lewat berbanding rekod sebelum ini dalam acara 200m gaya bebas hari ini.

Perenang berumur 21 tahun itu merekodkan 1:49.58s untuk menamatkan saingan di peringkat saringan dan 16 keseluruhan, sekali gus gagal ke final.

Foto Kredit: Firdaus Latif