Connect with:




Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini mempunyai lampu limpah yang membolehkan perlumbaan berlangsung pada malam hari yang begitu diminati di Malaysia disamping menarik lebih banyak slot tempahan trek.

Sikirt sepanjang 5.543 km itu menyaksikan pemasangan lampu limpah ini dilakukan dengan kerjasama pakar yang juga bertanggungjawab terhadap pemasangan lampu di Sirkit Yas Marina di Abu Dhabi, Sirkit Antarabangsa Losail di Qatar, Jukasa Speedway di Kanada dan Sirkit Antarabangsa Bahrain.

Kini, pelumba boleh merasai pengalaman baru pada waktu malam dengan adanya lampu limpah sepanjang trek. Kredit: Bernama

Menurut Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya memberitahu dengan adanya lampu limpah, peluang untuk meningkatkan tempahan trek lebih cerah dan pembangunan akan dapat ditngkatkan.

“Menerusi pembukaan trek di waktu malam, peluang untuk meningkatkan masa untuk tempahan trek akan lebih tinggi, jadi kami memutuskan untuk melakukan pemasangan lampu limpah di sepanjang trek,” katanya.

“Bukan itu sahaja, ia bakal memberikan pengalaman baru kepada pelanggan dan pelumba yang berlumba menggunakan sikirt ini,” tambahnya.

Sementara itu, pemasangan tiang lampu limpah ini turut mendapat persetujuan d Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Perdana Menteri yang merasmikan lampu limpah trek SIC mengulas tentang pencapaian trek tersebut yang telah banyak mencapai kemajuan selepas beliau sendiri yang merasmikan Sic pada tahun 1999.

Foto Kredit: MotoGP