London : Tekanan akibat kedudukan tidak menentu merungsingkan Pasukan Red Bull-Toro menjelang Perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) minggu hadapan.

Pemandu Red Bull-Toro Rosso, Pierre Gasly merupakan pemandu baru yang membuat kemunculan pertama di GP Malaysia dan bersaing di GP Jepun minggu lalu.

Gp Jepun minggu lalu menyaksikan pelumba muda dari Perancis itu bergandingan dengan rakan pasukan dari Sepanyol, Carlos Sainz.

Seorang lagi ahli Red Bull-Toro Rosso, pemandu Russia, Daniil Kvyat tidak disenaraikan dalam semua perlumbaan berkenaan.

Kekurangan pelumba bakal menjadi halangan buat pasukan Red Bull-Toro Rosso.

Spekulasi itu bakal membuatkan nama Daniil Kvyat naik kembali apabila Sainz akan berlumba untuk pasukan Renault pada musim depan dan tarikh GP Amerika Syarikat sama dengan Formula Super Jepun di Suzuka membuatkan Gasly terlepas peluang berlumba.

Sementara itu, perlumbaan di Jepun bakal menyaksikan Gasly akan berlumba bersam Team Mugen.

Torro Rosso tidak dapat memastikan siapa yang akan turun pada perlumbaan GP AS kerana kekurangan pelumba yang memiliki lesen. Antara pelumba yang bakal menggantikan tempat itu ialah, Sebastien Buemi, Brendon Hartley dan Hartley.-Reuters

Foto Kredit: Twitter (ToroRossoSpy)