Berikutan daripada kekosongan jawatan jurulatih beregu lelaki negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuka peluang buat bekas pemain negara yang mempunyai kepakaran untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jeremy Gan minggu lepas.

BAM juga ingin dapatkan jurulatih yang dapat memahami sikap dan perangai pemain serta sistem pengurusan badan induk itu, Buat masa ini kekosongan itu di isi oleh Cheah Soon Kit (ketua jurulatih beregu lelaki negara).

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, beliau sudah mengarahkan Soon Kit untuk mencari pengganti Jeremy secepat mungkin dan tidak perlu menunggu notis tiga bulan tersebut tamat.

Tambahnya lagi, Soon Kit diberi masa dua atau tiga hari lagi untuk mengemukakan nama calon yang serasi dan boleh berkerjasama dengan badan induk itu.

Sementara itu, Bekas Jurulatih Badminton Negara, Yap Kim Hock dikhabarkan bersedia untuk pulang ke pangkuan BAM jika hodmatnya diperlukan oleh badan induk tersebut, Norza turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan Kim Hock itu.

Buat masa sekarang, BAM mempunyai 17 pemain beregu dan lima pemain baharu menjadikan keseluruhannya 11 pasangan beregu lelaki. – BERNAMA

Foto Kredit: Stadium MY