Sukree Othman mengatasi cabaran hari terakhir untuk memenangi kejuaraan yang penuh dengan tekanan dan saingan di Kejohanan PGM Melaka Classic pada Sabtu lalu dengan mencatat kemenangan satu-pukulan ke atas pendahulu bersama hari sebelumnya iaitu Nicholas Fung.

Pemain berusia 35-tahun itu konsisten menutup saingan dengan baik apabila mencatat pukulan satu di bawah 71, berjumlah keseluruhan tiga bawah par 285 di Ayer Keroh Country Club untuk melengkapkan kemenangan berturut-turut yang pertama di saingan domestik dan juga gelaran ketiga untuknya pada musim ini.

Juara bertahan Order of Merit, R Nachimuthu mengekalkan cengkaman dalam senarai apabila meraih tempat ketiga bersama Airil Rizman Zahari dengan jumlah pukulan par 288. Mencatat par 72 pada pusingan akhir, Solhairy Sharif menjadi pemain tunggal di tangga kelima dengan pukulan keseluruhan 289, satu pukulan di hadapan Ben Leong (75).

Walaupun hanya lima pukulan memisahkan tujuh pemain teratas, pusingan akhir sekali lagi ternyata menjadi pertarungan di antara Sukree dan Fung, menjadikan saingan lebih menarik untuk ditonton.

Sukree yang merupakan pemain residen di Kota Permai Golf & Country Club mengakui bahawa kemenangan ketiga musim ini pasti mengukuhkan kedudukan beliau untuk merebut kejuaraan  Order of Merit dari Nachimuthu Ramasamy dalam senarai pungutan wang.

Pendahulu Pusingan Akhir
285 – Sukree Othman (67-73-74-71)
286 – Nicholas Fung (74-74-66-72)
288 – R. Nachimuthu (71-74-70-73), Airil Rizman Zahari (72-70-73-73)
289 – Solhairy Sharif (77-70-72-70)
290 – Ben Leong (70-71-74-75)
292 – Khor Kheng Hwai (73-72-71-76)
293 – Danny Chia (77-76-71-69), S. Murthy (74-73-78-68)
294 – Shaaban Hussin (73-74-74-73)