Pemain dari India, Shubhankar Sharma muncul sebagai juara baharu Kejohanan Maybank 2018 sekali gus muncul pendahulu Jelajah Asia ketika ini.

Pemain berusia 21 tahun itu bermain dengan bersih tanpa bogey dan membenam 10 birdie sewaktu pusingan keempat membolehkan beliau membawa pulang A$500,000 (RM1.9 juta).

Sharma yang tampil dengan aksi terbaik selepas mencatat 62 pukulan 10 di bawah par dalam pusingan keempat  bagi mengumpul 267 pukulan 21 di bawah par.

Lebih manis, kejayaan muncul juara kejohanan yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club itu, diiktiraf oleh Jelajah Eropah dan Jelajah Asia sekali gus membolehkan beliau muncul sebagai pemenang gelaran Order of Merit Jelajah Asia dan kini pendahulu Race to Dubai.

Ini juga merupakan gelaran kedua beliau dalam Jelajah Eropah selepas memenangi Terbuka Joburg tahun lalu.

Naib juara dimenangi oleh pemain dari Sepanyol, Jorge Campillo yang mencatat 68 pukulan empat di bawah par dalam pusingan keempat dan mengumpul kesuluruhan 19 di bawah par selepas 269 pukulan, membawa pulang A$168,900 (RM656,566).

Tempat ketiga dimenangi oleh Pablo Larrazabal dan Ryan Fox, masing-masing dari Sepanyol dan New Zealand selepas kedua-duanya mencatat 66 pukulan enam di bawah par dalam pusingan keempat dan mengumpul 18 di bawah par selepas melakukan 270 pukulan dan meraih A$168,900 (RM656,566).

Foto Kredit :