Maria Sharapova bakal terkeluar dari senarai 50 pemain terbaik dunia selepas kalah empat perlawanan berturut-turut.

Juara lima kali Grand Slam itu tewas 3-6, 7-6, (7-6), 6-4 kepada pemain nombor tujuh dunia dari Perancis, Caroline Garcia di Terbuka Stuttgart, Jerman.

Pemain dari Rusia itu ada menyatakan hasratnya untuk memenangi lebih banyak kejuaraan utama selepas kembali daripada penggantungan 15 bulan akibat doping.

Walaubagaimanapun, dia masih belum memenangi perlawanan sejak pusingan kedua Terbuka Australia. ‘

Sharapova setakat ini berjaya mengalahkan pemain Jerman, Tatjana Maria dan pemain Latvia, Anastasija Sevastova pada pembukaan Grand Slam tahun lalu sebelum kalah kepada juara dua kali Slam, Angelique Kerber di pusingan ketiga.

Kemudian dia kalah kepada peserta kelayakan dari Romania, Monica Niculescu di Qatar dan Naomi Osaka di India Wells.

Sharapova masih belum berada dalam kelompok 40 pemain terbaik dunia sejak kembali dari penggantungan pada April 2017.

Foto Kredit : gotceleb(dot)com