Connect with:




Liga M5 Shah Alam bakal membuka tirainya pada 15 Ogos ini dimana 14 pasukan bakal merebut satu slot khas untuk ke persaingan Liga M4 dan slot kelayakan Piala FA yang diselia oleh pihak Munro Sports bersama Football Malaysia (MFL).

Adun Kota Anggerik yang juga penaung Shah Alam League ini, YB Najwan Halimi berkata, beliau menyokong sepenuhnya program liga ini kerana ia merupakan satu pendedahan baharu bagi anak-anak muda terlibat dengan bola sepak pada peringkat yang lebih tertinggi.

“Bola sepak merupakan sukan rakyat, dan ianya lebih dekat dengan anak-anak muda yang tahap fanatiknya terhadap sukan ini lebih dari orang lain. Saya juga seorang yang berasal daripada latarbelakang bola sepak suatu masa dahulu dan sudah pasti komitmen 100% akan saya berikan terhadap program seperti ini.”

Taklimat berlangsung di Ruang Seksyen 16 Shah Alam itu turut dihadiri oleh pihak MFL, para penaja liga dan wakil setiap pasukan.

Selepas taklimat dari pihak Munro Sports, sesi undian kumpulan diadakan dimana kedudukan untuk 14 pasukan yang bertanding didalam liga ditentukan. Berikut merupakan pasukan yang akan bertanding untuk liga musim ini.

SSFC
Protap FC
Real 11 FC
Shah Alam United
Young Guns FC
Iguana FC
FC Okami
Kingstown Klang FC
KB Isma
Qhaleefa MIB
Bukit Kuching
AUFC
(Satu lagi pasukan bakal ditentukan penyertaan kemudian)

Liga ini bakal bermula pada 15 Ogos dan akan berlangsung setiap hari Rabu dan Khamis sehingga bulan November. Lokasi pertandingan ialah Padang Eco-Ardence di Setia Alam Shah Alam.

Pada taklimat itu, Najwan juga berharap liga berlangsung dengan lancar dan banyak lagi bakat-bakat baru akan dicungkil untuk masa hadapan.

“Setiap perkara yang baharu sudah pasti akan ada hiccups dan kita harus beri ruang dan peluang untuk penganjur bagi mengelolakan liga dengan sempurna bagi mengetengahkan bakat-bakat lain khususnya di negeri Selangor ini untuk peringkat yang lebih tinggi seperti Liga Perdana dan Liga Super,” katanya.