Connect with:




Selepas dua Naib Presiden, Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim melepaskan jawatan tiga hari lalu, tamparan hebat sekali lagi berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila Setiausaha Agungnya, Husin Deraman meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Bukan itu sahaja, bendaharinya Datuk Ahmad Razali turut melepaskan jawatan mengikut jejak langkah sama.

Utusan melaporkan, perkara ini disahkan sendiri oleh Husin mengenai berita tersebut yang sudah tular dalam kalangan pemerhati bola sepak Kelantan sejak pagi ini.

Perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan.

“Buat masa ini, saya masih menunggu respon Presiden mengenai perletakan jawatan saya sebagai Setiausaha Agung,” ujarnya kepada Utusan.