Connect with:




Mohd Faiz Subri bakal terus menyarung jersi buat skuad Pulau Pinang pada musim 2018.

Pendatang baru Liga Perdana itu tidak akan kehilangan pemain yang menjadi tonggak utama skuad Pulau Pinang.

Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu mahu membantu skuad Harimau Kumbang untuk kembali bersaing dalam kancah Liga Super.

Sebagai rekod, skuad yang dikendalikan Zainal Abidin Hassan pada musim ini menyertai saingan Liga Super pada musim 2016 selepas mara secara automatik selaku naib juara Liga Perdana 2015, namun jodoh mereka hanya bertahan lama selama dua musim.

Musim 2017 menyaksikan Pulau Pinang sekadar mengutip 12 mata daripada 22 perlawanan menerusi tiga kemenangan, tiga seri dan 16 kali tewas selain mencetak 16 gol, namun dibolos 43 gol.

Kedudukan itu menyaksikan Harimau Kumbang akhirnya tersingkir ke Liga Perdana bagi mengharungi musim 2018.

Foto Kredit : FIFA.com

Tetapi, sejauh manakah anda mengenali pemain tempatan yang berbakat ini? Ketahui beberapa fakta berkenaan Faiz berhubung sejarah kerjayanya.

1. Faiz dilahirkan pada 8 November 1987 dan berusia 29 tahun.

2. Penyerang bola sepak itu dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam, Kedah.

3. Faiz merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

4. Beliau melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis.

5. Pada mulanya, Faiz bermain dengan skuad remaja Kedah dari tahun 2006 hingga ke 2009.

6. Beliau kemudian beralih ke Kelab Perlis SK Tambun Tulang untuk bermain dalam Piala liga FAM 2009, dan juga mewakili Perlis dalam Piala Emas Raja-Raja 2009.

7. Pada tahun 2010, Faiz menyertai kelab Perlis dan menandatangani kontrak setahun dengan T-Team,Kuala Terengganu pada musim 2012.

8. Pada tahun 2013, Faiz meninggalkan kelab T-Team dan menandatangi kontrak dengan kelab teratas Liga Super Malaysia, Kelantan bersama bekas rakan sepasukan Zairo Anuar Zailani.

9. Pada tahun 2014, Faiz menyertai pasukan bola sepak Terengganu, sebelum mengambil keputusan untuk menyertai kelab bola sepak Pulau Pinang.

10. Faiz kini bermain di posisi ‘attacking midfielder’ dalam pasukan bola sepak Pulau Pinang. Beliau juga boleh bermain di posisi ‘striker’ dan ‘winger’.

11. Antara kelebihan Faiz di padang bola sepak ialah kelajuan beliau, tendangan tepat dari jarak jauh serta teknik hantaran bola kepada rakan sepasukannya.

Sumber: Harian Metro
Foto Kredit : Youtube