Connect with:




Dua pemain badminton profesional Malaysia Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang hadir ke sesi sebutan kes yang dijalankan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hotel Jen Tanglin disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan.

Menurut Berita Harian, kelibat bekas juara remaja dunia 2011 dan bekas pemain skuad Piala Thomas 2010 dilihat bersama peguam masing-masing pada jam 9.30 awal pagi tadi.

Sehubungan itu, Jadadish Chandra, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan jurulatih yang juga bapa kepada Zulfadli, Zulkifli Sidek juga turut hadir bagi sesi sebutan kes berkenaan.

Bagaimanapun, identiti mereka masih belum didedahkan oleh BWF dan sebab mereka hadir pada sesi sebutan kes ini masih belum dapat disahkan.

Identiti panel bebas yang dilantik BWF untuk mengendalikan sesi sebutan kes juga tidak didedahkan.

Sesi sebutan kes yang akan berlangsung dua hari bermula pada jam 10 pagi ini dan dijangka tamat pada pukul 3 petang.

Pada 13 Februari, dalam satu laporan eksklusif Sukan NSTP mendedahkan seorang pemain profesional sedang disiasat BWF atas dakwaan mengatur perlawanan.

Kemudian, BAM mengesahkan bukan seorang tetapi dua pemain di luar badan induk itu digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan oleh BWF.