Connect with:




Apa jadi bila youtuber terkenal beraksi menentang atlet kebangsaan dalam acara memasak? Itulah yang dapat anda saksikan menerusi rancangan MAKANTHLON terbitan Dunia Sukan yang boleh ditonton percuma di youtube Dunia Sukan.

Bagi menghargai mereka yang telah menonton rancangan ini, Dunia Sukan dengan kerjasama dari pasaraya terkemuka, TESCO ingin memberi peluang kepada anda semua untuk memenangi hadiah menarik menerusi PERADUAN MAKANTHLON DARI TESCO!

Bagaimana cara untuk sertai peraduan ini?

Pada setiap episod MAKANTHLON, terdapat kod khas dimana ia akan dipamerkan secara rawak di dalam video.

Penonton mesti mengikuti dan mengumpul kod-kod di setiap episod dan menjawab soalan khas yang akan diberikan dalam ruangan komen di bawah.

Contoh cara memasukkan jawapan:
“XVD28U. Saya suka TESCO online shopping kerana ………………………….” (tidak lebih dari 25 patah perkataan)

Pastikan juga anda sudah mendaftar sebagai subcriber Dunia Sukan. Jika belum, anda boleh daftar menerusi aplikasi “DUNIA SUKAN”. (boleh di muat turun menerusi Google Play dan App Store) atau di laman web Dunia Sukan. 

Penyertaan dari mereka yang belum mendaftar tidak akan diterima. Jadi, pastikan anda daftar terlebih dahulu.

Penyertaan dibuka pada 4 MEI 2019 dan ditutup pada 11 MEI 2019. Pemenang akan diumumkan di akaun Instagram DUNIA SUKAN pada 14 Mei 2019. 

Dua pemenang akan menerima hadiah berupa satu hamper dan dua peralatan elektrik setiap seorang, khas dari TESCO.

Jangan lupa baca terma dan syarat pertandingan di bawah!

**TERMA DAN SYARAT
  1. (“Peraduan”) MAKANTHLON dihasilkan oleh Dunia Sukan (“Penganjur”) dan dibawakan khas dari TESCO STORES (MALAYSIA) Sdn Bhd.
  2. Peraduan ini terbuka kepada rakyat MALAYSIA sahaja, dan kecuali kakitangan Dunia Sukan dan TESCO, anak syarikat, agensi pengiklanan/Perhubungan Awam dan pembekal Penganjur, serta anggota keluarga terdekat masing-masing.
  3. Penyertaan akan dibuka selepas episod terakhir (episod 6) MAKANTHLON dan akan tutup pada 11 Mei 2019(“Tempoh Peraduan”). Pemenang akan diumumkan pada 14 Mei 2019.
  4. Peserta mesti menjawab soalan dengan jawapan terbaik, beserta kod yang tepat.
  5. Setiap penyertaan boleh memberi satu jawapan sahaja. Peserta yang memasukkan penyertaan berulang kali dengan akaun yang sama akan disingkirkan.
  6. Pemenang yang diumumkan perlu menebus hadiah di pejabat Dunia Sukan yang terletak di Shah Alam, Selangor. Dunia Sukan tidak menyediakan sebarang penghantaran terhadap hadiah-hadiah yang disediakan.
  7. Hadiah perlu dituntut dalam masa satu bulan selepas pemenang diumumkan. Hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.
  8. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kehilangan nyawa] akibat mengambil bahagian dalam Peraduan, menuntut dan/atau menggunakan Hadiah dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan Penganjur daripada sebarang liabiliti.
  9. .Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, yuran dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai Peraduan dan menuntut Hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
  10. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  11. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.
  12. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua Peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan Hadiah.
  13. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan peraduan adalah mutakhir dan muktamat. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  14. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk menukar, meminda, menambah atau menggugurkan mana-mana Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis kepada peserta dan peserta hendaklah terikat kepada perubahan sedemikian.
  15. Untuk sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui mesej di mana-mana akaun media sosial Dunia Sukan. (Facebook, Twitter, Instagram)