Connect with:




Jenama jam tanga terkemuka, ICE WATCH bersama dengan The Marathon Company sekali lagi bekerjasama untuk menganjurkan larian waktu malam bertemakan Light Up The Night Run pada 1 Disember ini di IOI City Mall Putrajaya.

Perkara itu diumumkan dalam satu majlis pengenalan acara kepada media di IOI City Mall, pagi tadi.

Kali terakhir ICE WATCH menganjurkan acara larian adalah pada 2016 dengan hampir 6000 peserta mengambil bahagian pada edisi tersebut.

Dato’ Sri Meer Sadik Habib, Pengarah Urusan Kumpulan Habib selaku pengedar tunggal jenama jam tangan dari Belgium ini berkata, sasaran pada edisi kali ini adalah mendapatkan penyertaan dua kali ganda iaitu sehingga 12000 peserta.

“Sebelum majlis pengenalan ini diadakan, kami telah membuka penyertaan tanpa sebarang hebahan dalam tempoh dua minggu dan sambutan amat menggalakkan dimana kami telah mendapat 2000 pendaftaran setakat ini.

“Kami percaya sasaran untuk meningkatkan penyertaaan akan dicapai menerusi hebahan media dan juga dari komuniti larian di Malaysia” tamabahnya lagi.

Menurut Meer Sadik lagi, ICE WATCH melihat acara larian sebagai satu platform terbaik mengukuhkan jenama jam tangannya yang terkenal dengan gaya sporty.

“Selain itu, penganjuran acara ini memberi ruang buat orang ramai untuk sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat” tambahnya lagi.

Dalam majlis yang sama, media juga diperkenalkan koleksi terbaru ICE Steel dan ICE Sunset serta edisi eksklusif Merdeka.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai larian ini, anda boleh mendaftar di http://www.racexasia.com/event/ice-watch-light-up-the-night-run-2018/. Dua kategori jarak larian akan dipertandingkan iaitu 5km dan 10km. Bagi mereka yang mendaftar menerusi slot VIP, seutas jam tangan ICE WATCH akan diberikan kepada peserta.