Penyerang sensasi Manchester City,Gabriel Jesus terpaksa berehat akibat kecederaan ligament lutut ketika menentang Crystal Palace, Ahad lalu.

Menurut laman web Manchester City Jesus mengalami kecederaan dan akan menjalani pemeriksaan lanjut minggu ini untuk menentukan sejauh mana dia terpaksa berehat.

Pengurus City, Pep Guardiola berkata, Jesus bakal berehat lebih daripada sebulan.

Sementara itu, penyerang berusia 20 tahun meninggalkan Selhurst Park dalam keadaan menangis selepas mengalami kecederaan.

Menurut Gabriel Jesus, dia sedikit gembira apabila tidak perlu untuk melakukan pembedahan dan harap pulih dengan cepat.

Penjaga gol dari Brazil, Ederson menyelamatkan sepakan penalti pada masa kecederaan bagi membantu Manchester City seri 0-0 di Crystal Palace.

Pemain tengah Palace, Luka Milivojevic berpeluang mencetus kekalahan sulung City pada kempen kali ini selepas Raheem Sterling mengasari Wilfried Zaha namun sepakannya ke arah tengah gol ditampan dengan kaki oleh Ederson.

Ederson menyelamatkan rembatan Patrick van Aanholt pada babak pertama sebelum pertahanan Eagles, Scott Dann.

City, yang meraih 18 kemenangan berturut-turut dalam liga, kini 14 mata di puncak carta di depan pasukan tangga kedua Chelsea manakala Palace di tangga ke-17, satu mata di depan tiga pasukan tercorot.

Sumber : The Star

Foto Kredit : Twitter ( @gabrieljesus33)