Sergio Romero terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di Rusia pada bulan Jun ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

Penjaga gol Manchester United berusia 31 tahun itu mempunyai 94 cap bersama Argentina dan bermain dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 ketika tewas kepada Jerman.

Kini Argentina hanya bergantung kepada dua penjaga gol simpanan mereka iaitu Willy Caballero dan Franco Armani.

Kemungkinan penjaga gol Tigres, Nahuel Guzman akan dipanggil semula menyertai skuad Argentina.

Argentina diundi di dalam kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria.

Foto Kredit : thepointng(dot)com