Connect with:




Pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos tanpa ragu-ragu merupakan antara pemain pertahanan terbaik di dunia.

Selepas berhijrah dari Sevilla pada 2005 dengan harga perpindahan sebanyak 27 juta, Ramos telah membuat penampilan ke-600 ketika menentang Ajax Amsterdam dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.

Ramos kini hanya kurang satu penampilan berbanding dua lagenda kelab, Fernando Hierro dan Paco Gento selain berada di senarai berada dibelakang Manolo Sanchis (710), Iker Casillas (725) dan Raul Gonzales (741).

Dalam aksi menentang Ajax yang berkesudahan 2-1 berpihak kepada Real Madrid, Ramos telah mendapat kad kuning selepas mengasari Kasper Golberg pada minit ke-89.

Dalam temubuat selepas perlawanan, Ramos mengakui dia sengaja mendapatkan kad kuning untuk mendapatkan penggantungan automatik. Ramos telah pun mengutip 2 kad kuning pada peringkat kumpulan musim ini. Kad kuning ketiga ini menyaksikan dirinya tidak akan bermain pada perlawanan timbal balik kedua di Madrid pada 6 Mac nanti.

Tindakan ini adalah bagi memastikan dia tidak digantung pada perlawanan peringkat suku akhir atau separuh akhir jika Real Madrid mara ke peringkat seterusnya.

“Saya tidak bermaksud untuk memandang rendah Ajax tetapi dalam bolasepak, kadang kala anda harus membuat keputusan yang sukar” kata Ramos kepada pemberita.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Ramos menerusi akaun twitternya menarik balik kenyataan tersebut sambil menambah dia tidak berniat untuk sengaja mendapatkan kad kuning.

Untuk rekod, pada 2010, juga ketika menentang Ajax, Ramos dan Xabi Alonso dibuang padang selepas menerima arahan pengurus ketika itu, Jose Mourinho bagi memastikan mereka berdua dapat bermain pada perlawanan peringkat kalah mati.

UEFA telah menyiasat perkara tersebut dan kemudiannya menggantung Mourinho dua perlawanan sebelum dikurangkan kepada satu selepas rayuan. Ramos dan Alonso pula didenda serta diberikan amaran.