Bekas pemain tenis nombor 1 dunia, Serena Williams kembali membuat kemunculan setelah berehat lima bulan kerana kelahiran anak beliau.

Serena yang mewakili Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan Fed Cup berjaya layak ke separuh akhir setelah mencatat kemenangan 3-1 ke atas Belanda dan akan jumpa Francis pada 21 hingga 22 April ini.

Vinus yang terlebih turun dalam acara perseorangan berjaya mencatat kemenangan 6-1,6-4 sebelum berganding dengan kakaknya.

Pasukan AS yang mendahului 3-0 dan sudah pun mejamin kedudukan di separuh akhir  menurunkan pasangan adik-beradik dalam acara regu.

Serena merupakan pemain tenis perseorangan wanita namun membuat kemunculan dalam regu bersama kakaknya, Vinus Wiliiams. Namun kemunculan pertama beliau kurang baik apabila tewas kepada pasangan Belanda, 6-2,6-3.

Serena telah memenangi 23 kejuaraan Grand Slam sepanjang kariernya dan telah mencipta banyak kejayaan apabila bermain regu bersama kakaknya.

Foto Kredit : Fed Cup