Connect with:




Pertahanan AS Roma, Aleksandar Kolarov dipilih sebagai kapten baru Serbia selepas rakan sepasukannya, Branislav Ivanovic dilucutkan jawatan oleh Serbia ketika mereka memulakan persiapan Piala Dunia di Russia dengan dua perlawanan persahabatan, kata jurulatuh Mladen Krstajic.

“Kolarov akan memikul tanggungjawab sebagai kapten baru dan (Nemanja) Matic sebagai penolongnya, mempunyai kuasa mengikut jejak langkah Ivanovic,” kata Krstajic pada sidang akhbar menjelang dua perlawanan persahabatan menentang Maghribi awal pagi Sabtu ini dan Nigeria 27 Mac depan.

“Kami sudah membuat keputusan yang kekal sebagai urusan dalam tapi saya masih mahu menjelaskan bahawa tidak ada perselisihan faham dengan Ivanovic yang masih kekal dalam pasukan,” kata Krstajic.

Ivanovic yang mempunyai pengalaman luas dan pernah mewakili Chelsea, menjaringkan 12 gol dalam 100 perlawanan antarabangsa dan salah seorang daripada tiga pemain skuad Piala Dunia 2010, menjadi kapten Serbia sejak 2012 apabila mengambil alih daripada bekas pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic.

Ketika kempen kelayakan, pemain yang kini mewakili Zenit St Petersburg, sering kali dikritik penyokong dan pengulas, mengatakan yang dia sudah tidak bertenaga.

“Ivanovic sudah banyak menyumbang kepada Serbia begitu juga sebaliknya. Tapi semua pemain sedar mereka perlu membina pasukan menjelang Piala Dunia bermula dengan kosong dan tiada siapa terjamin tempat dalam skuad 23 pemain,” jelas Krstajic.

Sementara itu, Kolarov, 32, sudah menjaringkan 10 gol dalam 72 perlawanan buat Serbia.

Negara Balkan itu layak ke Piala Dunia yang menampilkan 32 pasukan selepas lapan tahun tidak berkasi pada kejohanan utama, sesudah tersingkir awal pada pusingan akhir 2010. – Reuters

Foto Kredit : thesportsman(dot)com