Connect with:




Sepupu pemilik Manchester City, Sheik Mansour iaitu Sheik Khaled Bin Zayed Al Nehayan gagal dalam bidaannya sebanyak £2 billion (RM 10.54 b) untuk membeli Liverpool.

Dia yang merupakan ahli keluarga diraja UAE memiliki bangunan di Abu Dhabi, mula mendekati wakil pemilik Liverpool selama beberapa bulan pada akhir 2017 dan awal tahun 2018.

Dia kemudian membuat tawaran £2 billion yang mana ianya bakal menjadi pengambilalihan paling mahal dalam sejarah bola sepak.

Sheik Khaled, bagaimanapun tidak memiliki kekayaan besar seperti pemilik Manchester City tetapi dia adalah salah seorang usahawan yang paling berjaya di negara-negara Teluk.

Jumlah itu dikatakan berbaloi berdasarkan prestasi semasa Liverpool yang layak ke final Champions League selain membeli pertahanan dan penjaga gol termahal dunia iaitu Allison dan pemain pertahanan Virgil van Dijk, sekaligus bakal memecahkan rekod bagi harga pembelian sebuah kelab bola sepak jika ianya terjadi.

Foto Kredit: INJAZ UAE