Connect with:




 

Skuad kendalian Julen Lopetegui berpesta gol ketika bertemu dengan Argentina apabila catat kemenangan besar 6-1 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi.

Sepanyol yang turun dengan barisan terbaik mereka ternyata bermain baik berbanding Argentina yang turun tanpa pemain terbaik termasuklah Messi kerana menghadapi kecederaan.

Dalam perlawanan itu, pemain Real Madrid, Isco paling mencuri tumpuan apabila meledak hatrik dalam perlawanan itu. Diego Costa yang baru menyertai skuad Sepanyol juga berjaya menjaringkan satu gol. Dua gol lagi hadir dari Thiago Alcantara dan Iago Aspas sebentara gol saguhati Argentina pual dijaringkan oleh Otamendi.

Kemenangan besar ini seakan-akan memberi amaran kepada pasukan lain bahawa mereka akan tampil sebagai pencabar utama dalam kejohanan kali setelah terkeluar awal pada Piala Dunia 2014 sebelum ini.

Sepanyol yang muncul juara edisi 2010 sudah pasti ingin tampil dengan barisan terbaik untuk merampas kembali Piala Dunia yang mereka memenangi sebelum ini. Jika dilihat prestasi pasukan yang menyertai Piala Dunia kali ini, tampak begitu menarik untuk mereka merebut kejuaraan.

Foto Kredit : Selección Española de Fútbol (SeFutbol)