Connect with:




Persekutuan BolaSepak Sepanyol, (RFEF) mencapai kata sepakat bersama Julen Lopetegui untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2020.

“Kami akan bersama selama dua tahun lagi,” kata Presiden RFEF, Luis Rubiales.

“Ia sesuatu yang mudah kerana kami mengagumi dan menghormati keupayaan Julen dan seluruh pasukannya,” kata Rubiales.

Pembaharuan kontrak berkenaan merupakan satu petanda jelas bahawa Sepanyol yakin akan kemampuan bekas penjaga gol itu yang pertama kali menyertai kejohanan Piala Dunia.

Lopetegui dilantik ekoran prestasi mengecewakan Sepanyol pada Euro 2016 dan menggantikan Vicente del Bosque.

Vicente del Bosque sebelum ini membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 gagal pada peringkat kumpulan pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Skuad La Roja merekod sembilan kemenangan dan satu seri dengan menjaringkan 36 gol dan hanya bolos tiga.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : independent(dot)com(dot)mt