Connect with:




Foto Kredit : FIFA World Cup

Persaingan peringkat kumpulan kini telah pun tamat dan pusingan kedua kalah mati akan bermula pada 30 Jun 2018 ini.

Setelah melihat jadual penuh, penulis mendapati bahawa laluan pasukan England dan Sepanyol dilihat lebih mudah berbanding beberapa pasukan lain yang berada di sebelah sana. England dan Sepanyol dijangka akan bertemu di Separuh Akhir bagi merebut slot ke perlawanan akhir.

Di peringkat 16 pasukan terbaik, Sepanyol akan bertemu dengan wakil tuan rumah, Russia dan jika mereka meneruskan langkah ke suku akhir, mereka akan bertemu pemenang antara Croatia atau Denmark. Dari prestasi semasa, penulis menjangkakan Sepanyol akan bertemu dengan Croatia di suku akhir.

Bagi England pula, mereka akan bertemu dengan Colombia dan jika mampu mara ke suku akhir mereka akan bertemu pemenang antara Sweden dan Switzerland. Jika dilihat dan diambil kira prestasi semasa England, ini peluang terbaik England dan penulis yakin mereka mampu memberi saingan kali ini berbanding edisi sebelum ini yang begitu suram.

Oleh yang demikian, penulis meramalkan mereka akan bertemu Sweden di suku akhir kelak.

Jika ini pertemuan England dan Sepanyol menjadi kenyataan, ia pasti menjadi detik menarik bagi penyokong England setelah sekian lama tidak merasa mara sejauh ini. Malah pertemuan ini juga pasti akan berlangsung dengan rancak kerana kedua-dua pasukan dibarisi pemain terbaik dunia.

Tetapi suka penulis mengingatkan para peminat bola sepak, kita hanya boleh meramalkan berdasarkan prestasi semasa ketika peringkat kumpulan. Kadang kala ramalan kita akan menepati kadang kala jauh tersasar.

Kenapa? Kerana permainan bola sepak sentiasa ada elemen kejutan demi kejutan yang yang kadang kala kita sendiri tidak menjangka.

Aura bermain diperingkat kalah mati itu lain, maka tidak hairanlah jika sesebuah pasukan itu dapat tampil dengan prestasi dan gaya permainan begitu menarik dan terbaik. Malah pasukan ‘underdog’ yang bertemu dengan pasukan terbaik, mereka kurang tekanan berbanding lawan mereka.

Jadi persoalannya kini apakah mampu England dan Spain bertemu di separuh akhir? Atau salah satu pasukan akan tersungkur terlebih dahulu? Atau lebih sedih kedua-dua pasukan gagal mara ke separuh akhir? Mampukah pasukan ‘underdog’ ini melakukan sesuatu untuk meneruskan kemaraan sejauh yang boleh?

Pasukan yang kurang melakukan kesilapan ketika perlawanan dan bijak mengambil peluang atas kesilapan pasukan lawan, maka pasukan itu akan berjaya memenangi perlawanan. Itu pasti!!!!

Di dalam kamus bola sepak, tiada istilah mahupun perkataan mustahil kerana selagi permainan itu belum ditamatkan oleh pengadil, maka apa-apa sahaja boleh berlaku. Sejarah telah membuktikan sebelum ini, bukan sekali, bukan 2 kali tetapi berkali-kali kejutan dalam bola sepak yang sering berlaku sebelum tamatnya perlawanan.

Adakah Piala Dunia kali ini kita akan disajikan dengan ‘drama’ baru? Pasukan mana yang akan menjadi mangsa pertama yang pulang awal? Atau akan ada pasukan gergasi dimalukan sekali lagi seperti mana Brazil dimalukan ketika 2014?