Sepanyol semakin hampir dengan kelayakan ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia tahun depan selepas menewaskan Liechtenstein 8-0, pada hari Selasa.

Hanya empat hari selepas mengalahkan saingan terdekat kumpulan G, Italy 3-0 di Santiago Bernabeu, pasukan didikan Julen Lopetegui sekali lagi mempamerkan prestasi yang mengagumkan.

Liechtenstein tidak mempunyai jawapan dari saat kapten Sepanyol, Sergio Ramos membuka jaringan dengan tandukan seawal minit ketiga.

Morata meneruskan prestasi yang cemerlang dengan menjaring gol kedua pada minit ke-15 dan membantu Isco menjaringkan gol ketiga selepas penjaga gol tuan rumah, Peter Jehle, seminit selepas itu.

Gol terbaik perlawanan dijaringkan oleh David Silva, selepas sepakan percumanya melepasi Jehle untuk memberikan Sepanyol empat gol pendahuluan pada separuh masa yang pertama.

Aspas yang menggantikan Silva pada separuh masa kedua, menjaring dua gol dan membantu Morata untuk menjaringkan gol keduanya membuktikan bahawa keputusan Lopetegui untuk membawanya pada babak kedua adalah tepat.

Gol kelapan Sepanyol datang daripada pihak lawan selepas Maximilian Goppel meletakkan bola ke gawangnya sendiri.

Sepanyol dengan baki 2 perlawanan, hanya perlu menang menentang Albania, bulan depan untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia.

Foto Kredit: AS English