Sepanyol akhirnya berjaya jua mencipta sejarah apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Baling Lelaki EHF Eropah apabila menewaskan pasukan Sweden 29-23.

Ini adalah kejuaraan pertama mereka di kejohanan ini setelah empat kali mencuba diperlawanan akhir namun masih gagal muncul juara. Mereka juga berjaya menyinkirikan juara edisi lalu iaitu Jerman.

Di peringkat separuh akhir, Sepanyol berjaya menewaskan pasukan Francis 27-23 untuk layak ke perlawanan akhir.

Bagi pasukan Sweden yang ingin memburu kejuaraan kelima ternyata tidak menjadi kenyataan apabila terpaksa akur kepada kehebatan pasukan Sepanyol. Kali terakhir mereka muncul juara adalah pada tahun 2002 dan selepas itu mereka terus gagal menyerlah sehingga edisi kali ini baru mereka kembali garang.

Perlawanan separuh akhir yang menemukan Sweden dan Denmark lebih menarik apabila Sweden menang dengan perbezaan 1 gol sahaja. Ternyata tuah lebih memihak kepada pasukan Sweden apabila memenangi perlawanan 35-34.

Pingat gangsa dimenangi pasukan Francis apabila berjaya menewaskan Denmark 32-29.

Kejohanan Bola Baling Lelaki EHF Eropah ini telah berlangsung dari 12 hingga 28 Januari 2018 yang diadakan di Croatia yang bertindak selaku tuan rumah.

Kredit Foto : EHF EURO CROATIA 2018