Connect with:




Seorang pemuda mati dibelasah dalam satu pergaduhan penyokong di luar stadium sebelum perlawanan Liga 1 Indonesia diantara Persija Jakarta dan Persib Bandung semalam.

Pemuda tersebut dikenali sebagai Haringga Sirilla merupakan penyokong kelab bola sepak Persija Jakarta yang ketika itu dalam perjalanan untuk menonton perlawanan tersebut. Namun belum sempat sampai ke stadium, segerombolan penyokong Persib Bandung yang diberi gelaran ‘Bobotoh’ telah membelasah beliau apabila mengetahui Haringga berasal dari Jakarta.

Insiden ini merupakan yang terkini melibatkan kedua-dua penyokong kelab tersebut yang terkenal dengan perseteruan mereka sejak dahulu. Untuk rekod, seramai 7 orang telah terkorban akibat pergaduhan kedua penyokong kelab ini sejak 2012.

Polis Indonesia telah menahan 10 orang untuk membantu siasatan dan ketika ini 5 orang telah mengaku bersalah diatas perbuatan itu.

Dalam perkembangan lain, Persib Bandung menewaskan Persija Jakarta 3-2 untuk terus berada di takhta Liga 1 Indonesia.

Sumber: Kompas.com