Kemenangan selesa dua perlawanan ke atas Harimau Malaya telah membuka peluang cerah buat Korea Utara untuk ke pusingan akhir Piala Asia 2019.

Kecemerlangan Korea Utara dalam membenam Harimau Malaya diteruskan dengan mempamerkan aksi dan jaringan yang sama pada perlawanan kedua.

Korea Utara berada di tempat kedua dalam Kumpulan B kelayakan Piala Asia, di belakang Lebanon dalam perebutan tempat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 2019.

Foto Kredit : Facebook (DPR Korea Football)

Rekod di pentas antarabangsa

Setelah mengejutkan ramai sehingga berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia 1966, Korea Utara memerlukan 44 tahun untuk beraksi sekali lagi di Piala Dunia.

Untuk ini, kredit harus diberikan kepada mereka. Sekurang-kurangnya rakyat di Korea Utara sudah meraikan pasukan kebangsaan mereka ketika beraksi di Piala Dunia, manakala kita masih lagi menunggu Harimau Malaya ke Piala Dunia buat pertama kalinya.

 

  • Tewas 2-1 kepada Brazil
  • Dibelasah Portugal 7-0.
  • Ivory Coast membelasah Korea Utara.

 

 

Sejarah bertanding di Piala Asia juga tidak menjanjikan harapan untuk masa sepan bola sepak Korea Utara. Pada 1980, Korea Utara menduduki tempat ke-4 pertandingan Piala Asia.

Edisi seterusnya penyertaan mereka, Korea Utara menduduki tempat ke-8 dalam kejohanan Piala Asia edisi 1992. Kemudian Korea Utara terpaksa menanti untuk tempoh masa 19 tahun untuk kejohanan Piala Asia yang seterusnya.

 

Penampilan dalam Piala Dunia 2010.

Dalam tempoh itu, mereka pernah menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut pada 1996, gagal melayakkan diri dalam kejohanan edisi 2000 dan 2004 sebelum digantung daripada menyertai kejohanan edisi 2007 disebabkan dakwaan salah laku.

Piala Asia edisi 2011 dan 2015 adalah penampilan terteruk Korea Utara di kejohanan ini, dan kini mereka sedang memburu untuk slot ke Piala Asia 2019.

 

Masa hadapan bola sepak Korea Utara

 

Korea Utara pernah tampil sebagai antara gergasi bola sepak Asia satu masa dahulu. Ini bermakna mereka turut masih punyai potensi untuk pergi jauh jika pembangunan bola sepak di negara berkenaan dijalankan dengan sistematik.

Mereka memiliki liga bola sepak mereka sendiri dikenali sebagai DPR Korea League, menampilkan 11 pasukan bertanding. Korea Utara turut mempunyai pemain berbakat yang beraksi di luar negara.

Terbaru ialah bintang muda yang beraksi bersama Cagliari di Serie A Itali, Han Kwang-Song yang turut menjadi pemain Korea Utara pertama untuk menjaringkan gol di Serie A.

Ini bermakna Korea Utara turut memiliki permata bola sepak seperti mana negara jiran mereka Korea Selatan dan juga Jepun, jika dicungkil dan digilap, mampu menjadikan Korea Utara sebagai kuasa bola sepak Asia.

Foto Kredit : Asiana.My