Connect with:




“Belum ada kelab di Malaysia yang memikat hati saya,” Itulah luahan hati pemain berdarah Malaysia yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, iaitu Wan Kuzain Wan Kamal walaupun pernah memberitahu bahawa pintu untuk mewakili kelab di Malaysia tidak pernah tertutup, namun itu tidak bermakna ada pasukan yang menjadi pilihannya.

Menurutnya, dia masih lagi dalam proses membina karier bersama Swope park Rangers di Amerika Syarikat.

“Sudah tentu Malaysia tetap kebanggaan saya, tetapi buat masa ini saya hanya fokus untuk terus mengorak langkah bersama Swope Park Rangers.

“Misi saya juga pada tahun depan adalah untuk memecah masuk ke skuad senior mereka, jadi saya tidak mahu fikir mewakili kelab lain dan belum berminat dengan pasukan di Malaysia,” katanya lagi.

Namun baru-baru ini, pemain berusia 19 tahun itu memberitahu bahawa dirinya tidak pernah menutup peluang untuk bermain di kelab Malaysia mahupun mewakili skuad kebangsaan.

Bagaimanapun dia memerlukan masa antara tiga atau empat tahun untuk membuat keputusan lebih tepat.

Difahamkan, Wan Kuzian adalah pemain kelahiran Carbondale, Illinois. Mengikut peraturan badan induk bolasepak dunia, Fifa membenarkan seseorang pemain itu mewakili negara lain sekiranya memiliki hubungan darah dengan negara berkenaan ataupun pernah bermastautin selama lebih lima tahun di negara itu, dengan syarat dia tidak pernah mewakili mana-mana pasukan senior negara asalnya.