Walaupun sudah berada di puncak Liga Perdana, mereka tetap akan mengambil serius dalam perlawanan terakhir liga.

 

Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Kuala Lumpur, Fabio Joquim Maciel menegaskan pasukannya tidak akan mengambil mudah pada perlawanan terakhir Liga Perdana walaupun pasukannya telah layak ke Liga Super musim hadapan.

 

“Fokus kami adalah ‘game-by-game’ tidak kira ianya perlawanan terakhir atau pertama. Semua perlawanan adalah sama kami tidak akan memandang sesiapa pun sebelah mata. “ ujar beliau ketika ditemuramah wartawan Dunia Sukan minggu lepas.

 

The City Boys kini berkedudukan tempat pertama dengan perbezaan jaringan diatas satu lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Liga Super 2018 iaitu Terengganu.

 

Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Timor Leste itu telah melakarkan rekod cemerlang di Kuala Lumpur FA dengan 12 kemenangan dalam 13 perlawanan Liga Premier musim ini.

 

Fabio masuk di pertengahan musim bagi menggantikan Wanderley Junior yang ditamatkan kontrak pada Mac lalu.

 

Kuala Lumpur bakal berkunjung ke Johor bagi bertemu JDT II dalam jadual terakhir Liga Perdana pada 27 Oktober ini.