Connect with:




Semalam telah berlangsung malam Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) di ibu negara bagi meraikan pencapaian mereka yang bertungkus lumus membangunkan sukan permotoran di Malaysia.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga penerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup ini serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selain Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Berikut merupakan senarai penerima anugerah:

Anugerah Pencapaian Seumur Hidup: Tun Dr Mahathir Mohamad

Dewan Kemashyuran: Allen Oh, Ng Wai Leong, Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri, Weiron Tan, Kuan Huah Chin

Anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Jazeman Jaafar

Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik PETRONAS: Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP)

Anugerah Pemandu Tempatan Terbaik SIC: Mark Darwin

Anugerah Pelumba Tempatan Terbaik SIC: Muhammad Helmi Azman

Anugerah Pasukan Tempatan Terbaik (dua roda): SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing

Anugerah Pasukan Tempatan Terbaik SIC (empat roda): Fream Chaser

Anugerah Atlet Harapan Wanita Permotoran: Leona Chin

Anugerah Atlet E-permotoran Terbaik SIC: Ady Rahimy, Angeline Lee

Anugerah Pemandu Paling Menyerlah: Brendan Paul Anthony

Anugerah Pelumba Paling Menyerlah: Danial Syahmi Shahril

Anugerah Pembangunan Permotoran KBS: Danial Syahmi Shahril

Anugerah Pilihan Ramai: Hafizh Syahrin Abdullah

Anugerah Media (cetak) SIC-MAM-SAM Terbaik: Sukhairi Thani -BH

Anugerah Media (jurugambar) SIC-MAM-SAM Terbaik: Riduan Rizal Ahmad-Utusan

Anugerah Media (elektronik) SIC-MAM-SAM Terbaik: Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Aji Seregar – TV3

 

*Foto Kredit: KBS Malaysia