Connect with:




Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon merupakan sebuah acara peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Atlet Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) semenjak tahun 1989 lagi. Acara ini telah menjadi acara tahunan yang diadakan di bandaraya Kuala Lumpur semenjak itu dan pada tahun 2009 acara ini telah dikorporatkan dan ditaja oleh Bank Standard Chartered Malaysia. Marathon sejauh 42 km yang akan diadakan pada 29 Sep 2019 ini berjaya menarik seramai 40,000 orang peserta daripada dalam dan luar negara meliputi pelbagai kategori dan peringkat umur.

Bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan lalulintas, Polis Kuala Lumpur menempatkan 445 pegawai dan anggota Polis untuk mengawal lalulintas. Antara jalan-jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan adalah seperti berikut:

Jalan-jalan tersebut akan ditutup kepada pengguna awam bermula dari jam 3.45 pagi sehingga acara tamat pada jam 11.30 pagi. Bagi lebuhraya DUKE, penutupan jalan bermula pada jam 2.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Tempoh penutupan jalan ini adalah semasa acara larian berlangsung dan sewaktu pembersihan jalan dilakukan sebelum dibuka semula kepada pengguna awam.

Pihak Polis ingin menasihatkan kepada seluruh warga kota Kuala Lumpur terutama kepada pengguna jalan raya yang terjejas untuk:-

i. Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam yang disyorkan seperti MRT/LRT/Grab. Perkhidmatan akan bermula seawal jam 2.00 pagi ;

ii. Elakkan dari menggunakan / melalui jalan-jalan yang terjejas akibat penutupan untuk ke destinasi yang dituju ;

iii. Pejalan kaki awam digalakkan menggunakan lintasan dan laluan pejalan kaki ;

iv. Manfaatkan kawasan tempat letak kereta yang telah disediakan dan elakkan daripada meletakkan kenderaan di bahu jalan yang mengganggu kelancaran lalulintas ; dan

v. Patuhi arahan anggota Polis yang bertugas bagi memastikan pengurusan lalulintas berjalan dengan lancar.

Sempena penganjuran Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon ini kesesakan jalan raya adalah dijangkakan bagi jalan-jalan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan serta mematuhi arahan dan perancangan yang telah dibuat supaya pengurusan lalulintas dapat ditangani dengan efisien bagi menjamin kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi jawatankuasa Penganjur :
• Dirigo Event (M) Sdn. Bhd. Tel : 03-7621 7787
• Hotline DBKL : 03-26179378
• Hotline Trafik KL : 03-20719777
• Facebook PolisKL
• Facebook TrafikKL
• Instagram Trafik_KL
• www.kl-marathon.com