Connect with:




Berikut merupakan senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Selasa, 12 Mac 2019 bagi menghadapi persiapan kejohanan antarabangsa empat negara, Piala AIRMARINE 2019 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 20 hingga 23 Mac 2019 dan perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di stadium sama pada 26 Mac 2019.

BIL NAMA UMUR POSISI PASUKAN
1. HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY 26 PENJAGA GOL PERAK
2. SHAHRUL SAAD 26 PERTAHANAN PERAK
3. NAZIRUL NAIM CHE HASHIM 26 PERTAHANAN PERAK
4. KENNY PALLRAJ 26 TENGAH PERAK
5. FIRDAUS SAIYADI 23 TENGAH PERAK
6. MOHAMADOU SUMAREH 25 SAYAP PAHANG
7. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA 33 PENYERANG PAHANG
8. MATTHEW DAVIES 24 PERTAHANAN PAHANG
9. NOR AZAM ABDUL AZIH 24 TENGAH PAHANG
10. SYAZWAN ZAINON 30 SAYAP SELANGOR
11. ABDUL LATIFF SUHAIMI 30 PERTAHANAN SELANGOR
12. FAIZ NASIR 27 TENGAH SELANGOR
13. ABDUL HALIM SAARI 25 TENGAH SELANGOR
14. ZAQUAN ADHA ABD RADZAK 32 PENYERANG KEDAH
15. IFWAT AKMAL CHEK KASSIM 23 PENJAGA GOL KEDAH
16. RIZAL GHAZALI 27 PERTAHANAN KEDAH
17. AKRAM MAHINAN 26 TENGAH PKNS FC
18. NICHOLAS SWIRAD 28 PERTAHANAN PKNS FC
19. SYAZWAN ANDIK ISHAK 23 PERTAHANAN JOHOR DARUL TA’ZIM
20. AHMAD HAZWAN BAKRI 28 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM
21. S KUMAAHRAN 23 PENYERANG JOHOR DARUL TA’ZIM II
22. IRFAN ZAKARIA 24 PERTAHANAN KUALA LUMPUR
23. KHAIRUL FAHMI CHE MAT 30 PENJAGA GOL MELAKA UNITED
24. HAFIZ RAMDAN 26 SAYAP PKNP FC
25. HADIN AZMAN 25 SAYAP FELDA UNITED

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan seramai 13 pemain dari skuad 23 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018, Disember lalu tanpa baki 10 pemain lain.

Empat daripadanya iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari telah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee bagi memperkasakan skuad B-22 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 manakala enam lagi pemain tidak dipanggil Cheng Hoe kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi.

Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 25 pemain, Cheng Hoe telah menyenaraikan 12 pemain baharu terdiri daripada tiga pemain Selangor – Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Abdul Halim Saari; dua pemain Pahang – Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih; serta dua pemain Kedah – penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Rizal Ghazali.

Turut tersenarai adalah Hadin Azman (Felda United), Firdaus Saiyadi (Perak), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Nicholas Swirad (PKNS FC) dan S Kumaahran (JDT II).

Para pemain akan melapor diri pada 12 Mac ini untuk menjalani latihan pusat manakala empat pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tarikh yang sama hanya akan melapor diri sehari kemudian.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama yang berlangsung hari Rabu, 20 Mac 2019 (8.45 malam) dan berdepan Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua  hari Sabtu, 23 Mac 2019(4.30 petang atau 8.45 malam).

Selepas itu, satu lagi perlawanan bakal dihadapi mereka iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal pada 26 Mac, jam 5.30 petang sebelum para pemain dilepaskan ke kelab masing-masing.