Connect with:




Boon Siew Honda (BSH) hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan: Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast.

Menyumbang kepada pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit, Honda EX5 kekal sebagai simbol kebebasan dalam mobiliti dan menjadi motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.

Diperkenalkan pada tahun 1987, EX5 mempunyai warisan yang teguh dan kisah tersendiri dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menjadisalah satu daripada kapchai yang paling penting dalam merintis pengangkutan dua roda pada masa lalu, siri Honda EX5 kekal relevan dan bergaya menerusi pengenalan model terbaharu.

Sejak bertahun lamanya, siri EX5 terus maju untuk bersesuaian dengan keunikan budaya dan keperluan pelanggan yang semakin meningkat di Malaysia, menjadikannya sebuah siri bertahan lama yang dijual dan dinikmati oleh pelanggan di negara ini.

Menjadisalah satu daripada perintis Super Cub di Malaysia, sebanyak lebih dua juta unit telah dihasilkan dan dijual di peringkat tempatan.

“BSH amat berbangga dalam pengeluaran EX5 yang menyumbang terhadap landskap pengangkutan di Malaysia sejak tahun 1987. Ia mewakili warisan selama 30 tahun dan masa hadapan BSH.

PengenalanEX5 Fi Edisi
Terhad adalah sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran sebanyak 100 juta unit dalam Siri Super Cub di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan BSH, En. Nobuhide Nagata.

Menjadi tulang belakang jalan raya Malaysia sejak tahun 1987, Honda EX5 Fi Edisi Terhad didatangkan dengan enjin 109.1 cc lejang tunggal penyejuk udara. Dikuasai oleh sistem bahan api PGM-Fi Honda, menghasilkan 8.35 kuasa kuda pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork pada 6,000rpm.

Honda EX5 Fi Edisi Terhad akan didatangkan dalam dua rekaan pada harga bermula dari RM5,309.54 (Self/Drum/Spoke) dan RM5,563.94 (Self/Drum/Cast). Harga-harga dinyatakan adalah harga asas termasuk GST.