Connect with:




 

Skuad bawah 22 kebangsaan melangkah dengan langkah kiri dalam aksi pembukaan apabila tewas tipis 0-1 kepada tuan rumah, Kemboja ketika kejohanan Piala AFF B-22 melalui sepakan percuma jarak jauh yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Haziq Nadli.

Dari awal perlawanan lagi Kemboja dilihat menunjukkan aksi bertenaga dengan memberi banyak masalah kepada Malaysia. Kemboja nampak lebih kreatif dan banyak mencipta peluang berbanding Malaysia apabila dilihat bergelut untuk mendapat rentak serangan.

Kemboja banyak memberi masalah kepada Malaysia  di atas rumput tiruan di Stadium Olimpik Phnom Penh yang memerlukan tenaga yang tinggi.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui barisan tengah pasukannya gagal memberi impak yang baik dan ditambah beliau kehilangan R Kogileswaran akibat kecederaan dan Danial Haqim Draman yang digantung perlawanan kerana layanan kad merah.

“Sudah tentu kami mempunyai masalah dan pasti akan ada rombakan di bahagian tengah selepas Kogileswaran dan Danial tidak dapat bermain nanti.

“Bagaimanapun ada beberapa pemain yang mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan dan saya sangat yakin mereka mampu mengalas tugas tersebut dengan baik,” katanya dalam Berita Harian.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan B menyaksikan Indonesia berjaya mengikat Myanmar dengan keputusan 1-1.

Malaysia akan menghadapi tugas sukar bakal berdepan Indonesia 20 Februari ini dan wajib menang untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Foto : Facebook FA Malaysia Official