Connect with:




Agilan Thani dianggap prospek terbaik Malaysia untuk menjdai juara dunia pertama dalam pentas ONE Championship.

Bagaimanapun, dua kekalahan berturut-turut tahun lalu; tewas kepada Zebastian Kadestam dan Khairat Akhmetov membuatkan ramai tertanya apakah yang sebenar telah terjadi kepada ‘The Alligator’.

Enam bulan selepas kekalahan tersebut, Agilan akhirnya membuka mulut. Dia mengakui beraksi dalam kecederaan untuk kedua-dua pertarungan tersebut selain mengalami tekanan hebat ekoran kekalahan yang dialaminya itu.

Pada Sabtu ini, Agilan dapat membuktikan bahawa dirinya masih mempunyai tempat dalam pentas MMA dunia. Anak kelahiran Sentul ini akan bertarung dengan judoka terkenal, Yoshihiro Akiyama di Baosan Arena, Shanghai.

“Saya sebenarnya terkejut kerana masih mampu untuk dipadankan dengan nama besar dalam MMA walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut.

“Melihat kepada rekod Akiyama, saya kira ini adalah pertarungan yang sesuai untuk kami berdua kerana dia (Akiyama) juga mengalami kekalahan yang banyak” jelas Agilan.

Bagi mempersiapkan diri bertemu dengan Akiyama, Agilan yang kini sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan telah ‘bertapa’ dengan gim terkenal, Bali MMA di Bali.

Aksi Agilan-Akiyama di ONE:LEGENDARY QUEST di Shanghai, Sabtu ini boleh ditonton secara langsung di apps dan youtube ONE Championship.