Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal

Ketua jurulatih Selangor FA, P. Maniam akan memastikan skuad kendaliannya akan tampil lebih baik dari tahun sebelum ini biarpun Selangor dilanda kontroversi mengenai Stadium ketika ini.

Untuk sasaran dalam saingan Liga Super pada tahun ini, beliau berharapkan Selangor mampu mengakhiri liga di kedudukan 3 teratas.

“Mengenai sasaran piala saya belum lagi memikirkan kerana saya mahu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” Kata P. Maniam.

Bagi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, jika beliau diberi peluang lagi 4-5 tahun memimpin Selangor FA, beliau janji akan bina stadium sendiri dan selepas itu mereka tidak perlu lagi bergantung harap kepada sesiapa lagi.

Tambah beliau lagi, pasukan Selangor juga menampilkan hampir 10 pemain muda untuk memperkuatkan lagi barisan bermain yang sedia ada sekarang ini.

“Saya berpendapat pemain muda ini perlu diberi peluang untuk menimpa pengalaman kerana mereka inilah yang akan mewakili pasukan Selangor dan skuad negara pada masa akan datang,” Katanya.

Datuk Seri Subahan Kamal ditemui ketika melancarkan jersi Selangor FA untuk saingan 2018 dengan mengekalkan warna jersi utama mereka iaitu merah kuning sebagai tuan rumah. Untuk jersi ‘away’ mereka berwarna ‘dark blue’ dan jersi ketiga berwarna kuning.

Turut hadir sama dalam majlis itu adalah Al-Iksan dan red ONE selaku penaja pasukan Selangor FA pada tahun ini. Majlis itu telah diadakan di Kompleks Plaza Alam Sentral sebentar tadi.