Presiden Selangor United, Mohd Firdaus Mohamed

Selangor United yang akan bermain dalam Liga FAM pada tahun ini membawa semangat juang Selangorian untuk bersaing bersama-sama pasukan yang lain untuk mencapai sasaran yang telah di tetapkan.

Presiden Selangor United, Mohd Firdaus Mohamed berkata, beliau optimis pasukannya ini akan layak ke saingan Liga Perdana 2019 berdasarkan pemain yang sedia ada sekarang ini.

“Dalam pasukan ini, pemain-pemain kita yang terdiri daripada pemain yang berpengalaman dan ada pemain pernah bermain di Liga Super dan Liga Perdana.

“Malah pemain muda juga mempunyai pengalaman kerana mereka ini juga pernah bermain bersama pasukan beliau dan skuad piala presiden.” katanya.

Pasukan Selangor United juga akan bermain dalam saingan Piala FA dan mereka tidak meletakan sasaran peribadi kerana untuk kompetitif ini adalah pendedahan kepada pemain sebelum bermula Liga FAM nanti.

Untuk saingan Liga FAM nanti, Selangor United akan guna Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dan beliau mengharapkan penyokong akan datang memberi sokongan kepada pasukan ini.